:: MY 2ND BABY ::

minggu ke 24.. kalau ikutkan lagi 4 bulan aku akan kembali ke rutin harian lepak dalam bilik… tengok tv, baca majalah… semua makan minum sedia depan mata.. em… bagi sesetengah orang ianya menyeronokkan tapi bagi aku ia antara waktu yang paling membosankan. kalau boleh before that period aku kena dapatkan 1 laptop baru sekali ngan broadband… atau aku akan mati kebosanan tak tau perkembangan luar.. maksud aku tak leh nak bertenet ngan kengkawan, kalau tak boleh gak aku layan friendster ker facebook ker.. fotopages ke… dan mesti 1 dugaan juga bila buat kali ke 2 terpaksa berjauhan dari hubby aku walaupun mungkin dia akan balik tiap2 minggu… tapi.. aku kan cepat risau… hehehe

 

mikhaeyl… dia ikut aku balik kg la.. tak percaya aku nak tinggal dia ngan papa dia.. karang jadi mat rambu.. hehehe. Lagi pun kalau ada dia kat kampong, mak ngan ayah aku ada gak masa nak exercise bila kejar dia ke hulu ke hilir… tapi time tu insya allah mikhaeyl pun dah boleh jalan betul2 tak de la nak tergolek je 24 jam… and may be dah boleh cakap sbb skang ni pun dah clear sikit… paling clear… ‘ma’ ‘pa’ ‘ba’ ‘buai’ ‘Allah hu akhbar’.. aku pun tak tau mcm mana dia boleh sebut ‘Allah hu Akhbar’ lagi clear dari sebut mama & papa..siap sujud lagi.. ehehehe.. tapi ok la…aku pun insaf bila tengok. lagi pun family yang jaga dia tiap2 hari semayang jemaah & ajar budak2 ngaji jadi tak pelik sangat la kalau mikhaeyl cam tu…

 

untuk baby baru tak ada buat apa2 persediaan pun lagi… scan pun belum.. lelaki ke pompuan aku tak kisah janji… segalanya selamat. Tapi ramai cakap aku bakal dapat baby pompuan… tapi banyak beza masa mikhaeyl & baby baru ni… mikhaeyl 8 bulan baru mengah.. baru Nampak perut aku ni ha… tapi yang ni masuk 6 bulan aku rasa mcm bawak perut kembar 3, walau pun kengkawan tak perasan lagi aku pregnant tapi mengah aku bila naik tingkat 5 dah mengalahkan orang lari pecut 200 meter… kadangkala rasa tak larat sangat mana nak melayan kerenah mikhaeyl yang tengah lasaknya… nasib baik dia lebih pada papa dia berbanding aku.. kalau tak mesti aku pancit.

 

Perangai aku skang ni pun pelik skit la… cepat moody & cepat fikir yang bukan2 lagi2 kalau hubby aku balik lewat… hehehe. Kadang2 rimas gak dengan perangai sendiri. Tapi nak wat cam ner kan.. nasib baik hubby aku banyak bersabar. J

 

Next month nak kena start buat persiapan… mana tau baby ni nak tengok dunia lebih awal dari jangkaan tak ada la menggelabah sangat. Banyak benda nak kena beli baru sebab barang2 mikhaeyl dah banyak bagi kat sepupu dia. So next month after scan… kita shopping… semoga segalanya selamat… amiiinnn

 

Bookmark and Share

:: AIDILFITRI 2008 ::

Rasanya belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam lebaran mohon kemaafan atas segala kekhilafan dan perlakuan yang mungkin pernah menyakitkan rakan-rakan dan saudara mara.. kita manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

em.. 28hb ( ahad) aku bertolak balik dalam jam 01 ptg.. nasib baik jalan clear… sampai trg petang dalam jam 06 petang.. sempat le berbukak. selama kat trg ni adam bukan main lagi lasak.. nasib baik banyak tangan yang sanggup pegang kalau tak memang pengsan le nak melayan kerenah dia.. pantang tengok aki dia.. menggelupur nak minta dukung… aku rasa dalam ramai2 tu aku la paling last dia carik… 

hari raya pertama duk umah je, cian adam baju dia lain kaler dari mama & papa dia… hehe baju dia tak siap le pulak. tak per.. tahun depan mama buat samer kaler yer… thanks to ct sbb masih sudi datang dalam duk sibuk2 fikir pasal hari bahagia… bersama kad jemputan le pasti nyer. hehehe dah tak lama dah nak jadi isteri orang ni… so group DINOSASI Cuma tinggal sorang je lah lagi belum berpunya secara rasmi lepas ni… kalau tak ada aral sampai le kitorang nanti… juga buat saa & norma… ingat lagi jalan datang umah ana ek? thanks alot…

raya ke 3 baru kitorang satu family jalan-jalan… 3 buat kete semua nyer.. gi beraya umah sedara mara… raya ke 4 aku ngan kak ayu dah kena balik, sedih mmg la sedih ada la buat drama air mata jab.. hehhe.. bukan selalu leh berkumpul.. tapi akhir bulan ni aku balik lagi untuk majlis ct… bukan senang nak balik kg 2 kali sebulan.

skang time beraya kat umah sedara mara hubby aku pulak…. penat banget… tapi ok la boleh jumpa sedara mara walau pun aku sebenarnya lagi suka lepak kat umah layan TV.

kengkawan yang nak dtg beraya umah aku amat di alu-alukan… tapi calling2 dulu takut tak der kat umah le pulak karang… apa2 pun selamat beraya.. lepas ni nak gi cari sari untuk deepavali… hehehe

to my family..i love u all beary-beary much!!!…

Bookmark and Share

:: RAMADHAN INI ::

Penat… tu je yang mampu aku cakap pasal Ramadhan kali ni… kalau dulu after kerja aku ngan hubby makan kat luar jer so tak ada la nak rush sangat, tapi tahun ni lambat cam mana pun kena balik umah jugak sbb mr.adam kat umah sebelah nak kena pick.. hahah kengkadang bunyi azan baru aku sampai.. hubby aku lak kuar kerja jam 6.30ptg, bayangkan dari PJ nak ke Subang perdana.. nasib naik motor kalau naik kete tak tau la sampai kul berapa. Tu pun hubby aku bawak laju tahap gaban kengkadang aku ni mcm kertas melayang2 duk kat belakang…sekali pandang mesti orang cakap mat & minah rempit padahal baru baru setahun ni aku naik motor…  dlm masa singkat tu singgah jap kat pasar ramadhan capai mana yang patut terus balik umah amik adam. Bunyi azan minum air seteguk then layan kerenah si adam yang suka sangat nak panjat situ sini.. tapi bila tengok wajah dia yang tak tau apa2 tu nak marah pun tak jadi.. comel sangat cam bola2 api jer bulat.. hahahah. Last  nak suruh dia duk diam… masukkan dia dalam buai…hahaha.. kat situ je pergerakan dia boleh dikawal.. kengkadang lepas gak dia main kat dalam bilik tapi … sendiri mau ingat la… dapat jer dia bukak pintu almari tu… jawab la nak kena kemaskan balik…

Bila kakak aku call dari kg.. mcm biasa mengadu nasib la…tapi x dapat simpati pun.. bantai kena gelak ada la!!!! Cian aku… malam masak sahur.. dalam kul 1 nak tidur tu pun tak leh tidur lena… nak kena buat susu adam la…ingat barang2 adam  tak kemas lagi la…  dua tiga hari ni lak adam asyik batuk2 jer.. risau gak.. tu nak tidur lena pun tak sedap hati.. hubby aku? Chet! Dapat je bantal tengah mengayungkan si adam dlm buai.. tengok2 dia dulu lena.. si adam masih menyanyi2 dalam buai… kengkadang geram sangat… !!!

Tak tau la mcm mana nak habiskan sebulan puasa ni.. kepala dah sakit dah ni tak cukup tidur…kengkadang kat ofc aku cam orang lalok jer… aku rasa nak capai hari raya aku dah mcm zombie kurus kering… time ni kalau orang bagi aku dua pilihan makan ke tidur aku sure pilih tidur…. Mengantuk sesangat… 27hb nanti last day kerja, malam tu insya allah aku bertolak balik trg… tahun ni meriah le raya kat kg aku.. semua ada.. kakak aku yang kat Kedah tu pun balik… tambah sorang lagi ahli baru raya tahun ni.. saper? Adam ler… tahun lepas dia dalam perut lagi… em.. nak kena kutip tol banyak2 ngan mak sedara & bapak sedara dia… atuk & nenek sure kasi angpow berat punyer…

Dan sekarang hanya 1 pertanyaan yang masih belum mampu aku jawab… malam ni nak masak aper yer?

 

Bookmark and Share

August 2008

This weekend plan nak balik Terengganu.. dah lama tak jejak kg.. tapi cam biasa la tak leh lama2, banyak benda kat tempat kerja menunggu kalau lama2 cuti.. nak relax pun tak tenteram bila orang lain terpaksa ganti kerja kita semata-mata kita Anak bercuti. tak apa la… raya nanti boleh cuti puas2 seminggu lebih kat kampung. Em.. bercakap pasal puasa & raya, tahun ni kami sambut ramadhan bertiga… aku, hubby & mikachan… hahha.. tu gelaran untuk am.. mikhaeyl.. mikachan… kuhik! makin lasak dia sekarang, dah la badan semangat, kadang2 aku sendiri angkat bendera putih. Pantang tak pandang kejab, berdesup dia hilang, cari la kat dalam mana2 bilik.. celah2 almari… grill mmg tak leh biar terbukak… tu baru menyusur blm merangkak.. nanti kalau dah blh berjalan tak tau la nak cakap apa. Em.. weekend ni bagi dia peluang tunjuk skill kat atuk & nenek kat kg. Tapi bila tengok perkembangan dia depan mata mcm satu kepuasan, lagi2 skng dia dah boleh sebut mama.. (sorry ye pa…papa lambat skit) kadang2 dia mengikut apa yang kita cakap.. kalau aku sebut putih.. dia pun nak sebut jugak walau just ‘tih’.. kalau aku sebut hitam.. dia pun nak jugak kuar dia nyer ‘tam’. Namun tu ler pengarang jantung aku.. tention kat tempat kerja pun boleh hilang bila tengok gelagak dia…

tahun 2008 dah hampir ke penghujung, banyak lagi benda yang tak tercapai… harap before end of this year aku boleh tukat motor hubby aku tu ngna motor baru, RXZ ker, 125Z ker huhhuh.. then aku nak amik kete baru buat gi kerja… yang save minyak skit.. viva ok tak?  MR EG tu next year dah settle. tapi bila dah ada baby ni nak kena beli yang selesa skit… WISH pun ok per.. balik kg boleh bawa family jalan2 sekali.. tapi yang penting aku nak beli h/fone baru dulu.. ye.. itu yang penting… tepon aper? mesti la N95.. kuhik! selera besar ajer… tapi tu le guna kerja, betul tak?

Bubbye..

Bookmark and Share

Sayonara…. will miss u so much tini!!

semalam (1/July/2008) aku cuti… medical leave, adam pun demam. Tak sangka nak dapat sms dari tini cakap dia nak berenti dan semalam last day.. that’s mean aku tak sempat jumpa dia sbb hari isnin masa aku datang dia lak cuti. Aku tak sangka dia buat keputusan sedrastik ni.. tapi aku tahu tu semua utk kebaikan dia dan masa depan dia. Tapi masa tu jugak aku rasa benci sangat pada orang yang buat dia pilih jalan untuk blah mcm tu jer..

Hari ni aku ke tempat kerja, tempat dia dah kosong…. yang paling best bos pun tak tau dia dah resign sbb surat dia serah terus pada HR dan pagi tadi aku mengadap bos cakap dia dah berenti. walau baru 2 tahun kenal dia… tapi terasa sangat… kalau dia baca blog aku ni.. aku nak dia tau aku rindu dia sesangat… :) terasa bila dia tak ada.. beza boleh kita rasa orang tu tak ada sebab cuti atau cuti terus…

Terasa sangat bila dia tak ada, maybe sbb dia teman paling rapat kat ofc ni.. kalau ngantuk dia tempat aku cari citer.. borak2… gelak2 ngutuk2.. dengan dia jugak aku rebut2 gi cafe pagi ke tengahari ker… dan dengan dia jugak aku boleh ngumpat orang kat sebelah sbb orang tak paham kitorang borak aper.. hahaha.. tu bagus tau loghat kelantan & trg.

Dan hari ni aku start gi cafe sorang2. tengahari dah tak naik sbb tak best nak makan sorang2… thah ler.. masa hubby aku berenti dari company ni pun aku tak terasa sangat sbb dia ada. Lepas ni aku tak tau la aku boleh ngam ke tak ngan orang baru yang akan gantikan dia.

apa aku harap, dia akan bahagia dan jumpa orang yg boleh jaga dia.

P.S : mek… thanks sbb banyak tolong D selama ni… take care dan selalu la contact diey key.. will miss u & our memories…

Bookmark and Share

~Selamat Datang Permata Hatiku~

2712200748919hb November 2007.. akhirnya aku kini bergelar ibu…terdengar tangisan permata hatiku ♥MUHAMMAD ADAM MIKHAEYL♥membuatkan segala kesakitan hilang sekelip mata. Heee..heee.. time tu jugak aku pandang wajah suami aku kat sebelah.. kuhik! kuhik! ada genangan air mata. aku tak tau sama ada air mata gembira atau air mata tahan sakit sbb aku cengkam tangan dia masa tahan sakit nak bersalin tadi. Apa-apa pun aku tahu dia gembira.

Waktu lahir berat adam 3.11kg, kira berat jugak ler.. first time pegang adam tiba2 aku tertumpah kasih pada dia.. tengok mata dia… bibir kecil dia… jari2 dia yang kecil comel.. betul la kata orang selagi kita tak jadi seorang ibu kita takkan tau perasaan kasih seorang ibu pada anak..

Bila adam lahir…. perjalanan harian hidup aku pun pasti berubah.. no more movies, no more bowling for a few months may be… dah tak leh nak tidur lena-lena mcm dulu… tapi aku tak kisah demi adam. Yang best papa dia pun dah tak boleh nak kuar lepak2 cam dulu, malam wajib ada kat umah… hehehe.

Mak cakap aku bertuah sbb adam susah nak menangis.. kalau nangis pun sbb lambat dapat susu tu pun suara dia kuar tak kuar je. kengkadang aku saja sakat adam nak suruh dia nangis lama2 dan kuat2 mcm baby orang lain.. tapi bila tengok air mata dia kat tubir mata tak sampai hati la pulak.. thah la.. aku dah jatuh sayang sangat kat baby aku ni,lagi2 bila dia gelak. Lebih sayang dari aku sayang papa dia.. hahaha.. sorry ye pa. Tu buat aku terfikir tak ada perasaan agaknya manusia yang sanggup buang dan dera baby tu..

Harapan aku.. sempena tahun baru ni jugak.. moga aku dan hubby aku akan lebih bahagia dengan kehadiran adam.. untuk kengkawan aku ida, dien dan amy.. tahniah sbb korang pun dapat baby mcm aku jugak.

Next…. 3 bulan lagi may be kerja aku makin bertambah dan mungkin dah berlainan dari kerja2 aku sekarang … yang pasti aku kena baiki banyak benda dalam diri aku especially bab komunikasi. kenapa? nanti aku cakap bila dah sampai waktunya.

Bookmark and Share

~ Aku … Hari Ini~

2198aDah hampir 3 bulan aku ngan hubby aku pindah umah baru kat pinggiran subang. Banyak lagi barang yg nak kena beli utk completekan rumah tu. Dah le semua pun beli baru, kalau yang lama pun set bilik tidur yang kitorang beli masa kawin hari tu.

Skang pun aku baru terasa tanggungjawab sebenar jadi seorang isteri. Masa tinggal ngan family hubby aku dulu kitorang biasa balik kerja makan luar then baru balik umah. Balik tengok TV. Baju kotor masuk washing machine dan tunggu siap sambil lepak. Tapi skang, balik kerja kepala otak tak habis lagi hilang penat pasal kerja nak kena fikir pasal satu soalan ‘nak masak apa hari ni?’ sebab la kat kampong mak aku selalu tanya nak makan apa hari ni rupanya bila dah tiap2 hari masak dah tak ada idea dah nak masak. Nasib baik hubby aku bantai makan je apa aku masak walau pun aku berani mengaku baru 3 minggu aku baru pegang periuk masak… (sejak aku pindah umah baru ni) tu pun sbb dia tau kalau dia komen sikit mesti aku tarik muka boikot tak nak masak lagi. Aku dah warning awal2 aku tak pandai masak. Aku memang jahil giler pasal masak. Baru sekarang aku cari buku resepi ganti majalah EH! aku tiap2 bulan. Baru pandai rasa penat bila dah siap tengok rumah bersepah. Wa.. akhirnya aku rasa apa yang mak aku rasanya. Dengan perut yang dah mcm bukit ni kengkadang rasa nak menangis penat. Nasib baik hubby aku ringan tulang. Tapi tu semua terubat bila skang aku dan hubby aku dah ada privacy sendiri. Tengok tv sambil makan ice creame. Dan paling buat aku tenang bila borak ngan baby aku yang mcm faham2 je bila aku borak ngan dia… bila dia tendang2 rasa tak sabar nak jumpa dia.

Em.. cakap pasal baby aku ni, kitorang budget dapat baby girl sbb aku skang suka sangat conteng muka aku… make up la.. bukan conteng ngan pen… hehehe.. tapi last week aku gi scan rupa nya baby boy.. hamboi.. senyum la hubby aku nak dapat pendekar kundur mcm dia. Bagi aku, aku tak  kisah boy ke girl janji sempurna dan baik budi pekerti.. ameeenn…. Skang hubby aku lagi excited beli baju baby dari baju wife dia. Kadang2 jeles gak tiap2 bulan ada peruntukan untuk barang2 baby, aku buat muka sadis mcm mana pun baju baby jugak yang dia beli. Buat tak nampak je muka toya aku tengok baju2 tergantung, last aku amik bayar sendiri. Lantak!!! Hehehe… janji aku dapat… tapi kesian gak tengok hubby aku dah lama tak beli baju baru… huhuhu. Nanti mama belikan papa baju raya banyak2 key…hehhehe.

  LOVE U SO MUCH PAPA….

Bookmark and Share

.: CEMBURU :.

Dsc00022001 

Kadangkala kita tidak tahu apa bakal terjadi esok hari, sebab itu aku tidak pantas untuk menutur bicara tanpa memikirkannya dahulu buruk baiknya. Orang terapat denganku sering membuat telahan dan pernah memarahi aku kerana terlalu memikirkan terlalu jauh untuk mengolah jawapan walau perkara sekecil zarah sekali pun. Tapi walau kecewa kerana ada yang tidak senang dengan caraku aku diamkan sahaja kerana sudah acap kali melihat insan yang menyesal kerana tidak ambil peduli butir bicaraku. Dan aku memang malas melayan manusia yang bertanya tapi membangkang jawapanku. APA GUNA BERTANYA KALAU PUNYA JAWAPAN SENDIRI?

 

Hari ini aku melihat satu lagi scenario di hadapan mata. Ini berkaitan cinta dan cemburu. Juga dengan kawan yang mungkin tidak serapat mana. Dulu bila aku nyatakan perasaan cemburuku dia pernah memotivasikan aku, tak guna cemburu. Biarkan sahaja. Senang benar membuat keputusan. Terdetik di hatiku mungkin dia belum punya insan yang benar-benar bertahta di hati, mungkin dia belum punya insan yang dirasakan miliknya. Mungkin dia belum punya insan yang benar-benar disayangi. Dan aku diamkan saja menyimpannya sendiri. Dan hari ini dan saat ini, aku sering mendengar dia bercerita tentang seorang insan, sering mengaitkan nama insan tersebut dalam apa cerita sekali pun, dan saat itu aku dapat membaca telah ada insan istimewa dihatinya saat ini. Aku tumpang gembira kerana usianya sudah sebayaku namun masih belum ketemu pendamping yang benar-benar sesuai. Aku tidak tahu kenapa kerana pada pandanganku dia sering menjadi tumpuan namun sering saja ada yang tak kena pada pandangan dia. Dan saat ini aku mula mendengar percakapannya, keluh kesah tentang insan yang bertahta dihatinya saat ini. Mula syak bila temannya itu berbalas sms dihadapannya. Dan aku juga mampu membaca rasa cemburu telah mula tumbuh. Dari riak wajah sahaja mampu aku menceritakan.. namun aku tak berbicara apa, tidak mahu ambil tahu menambahkan ke aktifan otak aku untuk berfikir masalah cinta orang lain.

 

Aku lega kerana aku tahu perasaan cemburu itu bukan sahaja pada diriku namun untuk semua insan yang dimiliki dan memiliki. Bukan aku yang dangkal pemikiran, cemburu dalam cinta… insan lain juga bisa cemburu dan cemburu itu normal sebenarnya. Terasa bebas kerana sering kali aku mengutuk diriku ini punya sifat buruk bila cemburu pada pasangan hidup dan teman kekasihku. Dan hari ini aku jua mengerti perasaan cemburu itu hinggap dihati bila diri mula menyayangi.Jadi tidak salah andai aku sering merasa cemburu bila teman kekasihku agak mesra dengan insan lain. CEMBURU TANDA SAYANG… jika pasangan anda terlalu ‘bebas’kan anda tanpa sekelumit rasa cemburu.. anda fikirla sendiri jawapannya kerana jawapan kita tak semestinya sama.

Bookmark and Share

~Our 6th Anniversary Papa…~

Muara_ikan_bakar_klng Dsc00022Muara_ikan_bakar_klng_1

em.. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun aku jumpa hubby aku ni… hari ni 24.06.07 tepat 6 tahun dari tarikh pertama pertemuan kami dan hari ni jugak genab 6 bulan perkahwinan kami…. Dalam duk gaduh.. Baik..gaduh lagi… baik lagi… merajuk lagi… pujuk mcm nak rak… gaduh lagi… rupa sempat jugak 6 tahun usia perhubungan kami. Hem… actually nothing special, tapi cukup la satu hari suntuk kami habiskan masa bersama. My hubby bawak aku gi dinner kat MUARA IKAN BAKAN PORT KLANG. Actually tu merupakan tempat pertama dia bawak aku dating masa baru kenal.Huhuhu.. terharu gak sbb dia masih ingat… aku tahu dia try nak jadi yang terbaik dan husband yang romantik sbb aku selalu cakap dia hati kayu… tak romantik… hahaha… maaf ye papa… Tapi aku rasa.. walau pun dia cakap dinner ni utk anniversary kitorang dia lagi banyak makan dari aku sampai tersandar kat kerusi.. apa tak nyer aku makan ciput jer yang lain dia dengan sukarela jadi Dewan Bandaraya tolong bersihkan… sotong masak pedas, ketam tiga rasa, tomyam ayam, pari bakar dan kailan goreng. Masa amik tu mmg mcm sikit jer tapi bila dah masak mcm untuk 4 orang makan. Tak apa la sekali sekala buncitkan perut. Kitorang plan before ada baby ni nak gi relax kat mana-mana. Jadi tak jadi tak leh nak confirm lagi.. next month maybe tengah bulan or hujung nak gi johor.. makan otak2… main fun fair kat Danga Bay… hhehehe.. then before September nak honeymoon kat Sarawak… Damai beach resort Kuching.. boleh jumpa sedara hubby aku kat rumah kebudayaan sarawak.. haahhaha… ala yang pegang sumpit tu. So saper2 yang ada nak kirim ikan terubuk masin ke.. kek lapis sarawak ke… gambir sarawak ke… (huk alla.. kalau tak malu kirim le..) bagi list cepat2. Ok lah…

untuk papa …. tima kasih untuk kasih sayang dan jagaan papa selama ni… love u beary beary much.

Bookmark and Share

~Dance for days with My new N73 Music Edition~

3035_7_nokia_n73_music_edition 3035_6_nokia_n73_music_edition B001                                    

Em.. hari tu my hubby dapat fone K800i dia… kali ni oleh kerana Motorola V3i kesayangan aku tu dah rosak.. terpaksa la aku pun membazirkan duit pemberian mak untuk beli telefon baru. Hajat memang nak beli N95 tapi harga dia tu yang buat aku fikir beratus kali.. takkan nak buang RM3K semata-mata untuk tepon. last-last N73 je masuk dalam poket. Tapi tak per ler… sbb aku nyer memory card lagi besar dari hubby aku.. hahaha.. mesti dia jeles nengok betapa banyak games, gambar dan lagu yang mampu aku sumbat dalam fone tu… Yang tak best nyer semalam dia dah mula buat muka kesian nak pinjam fone tu. Ni yang aku lemah ni. Tapi tak kisah le… janji dua-dua dah ada 3G.

Bookmark and Share

« Previous entries