Tinta Pertama Dari Dyhea…

Rambut sama hitam,  tapi hati siapa yang tahu… memang pintar orang dulu2 berbahasa. Bulan ke 2 di tahun 2007, banyak perkara yang tak terduga terjadi. Banyak perubahan di depan mata berlaku mengikut peredaran nafiri masa. Tak meninggalkan secangkir kesempatan pun untuk aku merubahnya.

Ada perubahan yang membawa rasa bahagia dan ada jua sebaliknya. Dengan cara memerhati mengenalkan aku pada seseorang secara lahiriah dan batiniahnya walau tidak 100%.

Memang tak terduga dek akal andai aku nyatakan insan yang aku kenali berbelas tahun baru hari ini aku zahirkan perubahan sebenar dirinya. Terasa kesal dengan perubahan yang terjadi tapi aku harus akur..

aku jua tidak sempurna untuk menasihati agar dia menjadi sempurna. Lalu aku kuburkan sahaja rasa kesal itu dengan harapan moga satu hari dia dan mungkin mereka akan menyedari sendiri. Tidak menyesal kemudian hari, tak menyalahi takdir apa yang mungkin terjadi.

Bulan ke 2 bergelar isteri. Masih sama… tiada beza, mungkin kadang-kala rasa tidak selesa bila tiap saat di depan mata. Alkisah bimbang rasa jemu datang menyapa saat buah baru berputik muda. Em… jika dulu sempat juga rasa rindu bertandang, berbual di telefon sebelum menuju lelap… tapi sekarang… (gilo apo kalau tidur kat sebelah pun nak borak melalui telefon. Walau ada ‘8pax’ walau ada ‘Let’s talk’ tu semua dah tak jalan dah… )



Leave a Comment