.: Aku… hari ini :.
“For My soul mate….. 23 march 2007. Marks as our 3mth anniversary. Nampak macam ada berita gembira untuk kita.. tapi tak sure sangat. Tunggu dan lihat jer ler…. kalau ada rezeki ada lah.. kalau tak…mungkin keadaan belum benar2 mengizinkan. Perancangan untuk menaikkan berat badan pun dah berjaya… hehehe walaupun just naik 2 kilo tapi, usaha itu tangga kejayaan! Makan lagi… makan dan terus makan.. huhuhuhu. Hidup kini rasa lebih bermakna dan mula mampu menyesuaikan diri dengan status baru yang menuntut banyak pengorbanan. “
Juga tahniah untuk geng-geng friendster yang dah di risik, bertunang, berkahwin dan dapat new baby… em… especially to my best friend CT yang baru je dirisik2 tu.. Heheh… before tahun depan dapat le merasa nasi minyak orang wakaf tapai yek… Not forget my partner in crime @
Sarawak … moga berbahagia dengan bakal suami…ekkekekekk.. Jangan lupa jenguk aku bila balik semenanjung.
Dan kali ni aku tergerak untuk memetik satu karya dari email yang tiba ke tanganku lewat minggu lalu untuk dijadikan renungan kita bersama. Disitu… aku simpulkan betapa berharganya wanita walau di anggap lemah. Mungkin kerana itu juga sering kita lihat si adam merana kerana merebut cintanya. Walaupun kadangkala tidak dihargai bila didepan mata. Terima kasih terlebih dahulu buat penulis….. kerana menzahirkan bahawa wanita itu sesungguhnya berharga.. jadi kepada wanita di luar sana, terutama gadis2 yang baru mengenal dunia… jaga harga diri…. agar ia tidak di jaja dan di lelong sesuka hati.
“Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus….
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah
cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah, Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya, Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,
Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.”
