Archive for June, 2007

~Our 6th Anniversary Papa…~

Muara_ikan_bakar_klng Dsc00022Muara_ikan_bakar_klng_1

em.. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun aku jumpa hubby aku ni… hari ni 24.06.07 tepat 6 tahun dari tarikh pertama pertemuan kami dan hari ni jugak genab 6 bulan perkahwinan kami…. Dalam duk gaduh.. Baik..gaduh lagi… baik lagi… merajuk lagi… pujuk mcm nak rak… gaduh lagi… rupa sempat jugak 6 tahun usia perhubungan kami. Hem… actually nothing special, tapi cukup la satu hari suntuk kami habiskan masa bersama. My hubby bawak aku gi dinner kat MUARA IKAN BAKAN PORT KLANG. Actually tu merupakan tempat pertama dia bawak aku dating masa baru kenal.Huhuhu.. terharu gak sbb dia masih ingat… aku tahu dia try nak jadi yang terbaik dan husband yang romantik sbb aku selalu cakap dia hati kayu… tak romantik… hahaha… maaf ye papa… Tapi aku rasa.. walau pun dia cakap dinner ni utk anniversary kitorang dia lagi banyak makan dari aku sampai tersandar kat kerusi.. apa tak nyer aku makan ciput jer yang lain dia dengan sukarela jadi Dewan Bandaraya tolong bersihkan… sotong masak pedas, ketam tiga rasa, tomyam ayam, pari bakar dan kailan goreng. Masa amik tu mmg mcm sikit jer tapi bila dah masak mcm untuk 4 orang makan. Tak apa la sekali sekala buncitkan perut. Kitorang plan before ada baby ni nak gi relax kat mana-mana. Jadi tak jadi tak leh nak confirm lagi.. next month maybe tengah bulan or hujung nak gi johor.. makan otak2… main fun fair kat Danga Bay… hhehehe.. then before September nak honeymoon kat Sarawak… Damai beach resort Kuching.. boleh jumpa sedara hubby aku kat rumah kebudayaan sarawak.. haahhaha… ala yang pegang sumpit tu. So saper2 yang ada nak kirim ikan terubuk masin ke.. kek lapis sarawak ke… gambir sarawak ke… (huk alla.. kalau tak malu kirim le..) bagi list cepat2. Ok lah…

untuk papa …. tima kasih untuk kasih sayang dan jagaan papa selama ni… love u beary beary much.

~Dance for days with My new N73 Music Edition~

3035_7_nokia_n73_music_edition 3035_6_nokia_n73_music_edition B001                                    

Em.. hari tu my hubby dapat fone K800i dia… kali ni oleh kerana Motorola V3i kesayangan aku tu dah rosak.. terpaksa la aku pun membazirkan duit pemberian mak untuk beli telefon baru. Hajat memang nak beli N95 tapi harga dia tu yang buat aku fikir beratus kali.. takkan nak buang RM3K semata-mata untuk tepon. last-last N73 je masuk dalam poket. Tapi tak per ler… sbb aku nyer memory card lagi besar dari hubby aku.. hahaha.. mesti dia jeles nengok betapa banyak games, gambar dan lagu yang mampu aku sumbat dalam fone tu… Yang tak best nyer semalam dia dah mula buat muka kesian nak pinjam fone tu. Ni yang aku lemah ni. Tapi tak kisah le… janji dua-dua dah ada 3G.

~Putrajaya…~

Putrajaya_8

" KEKAL : SPIDER …..kau didalam hati ku, kau dalam ingatan.. kau sebagai kasihku kekal sepanjang zaman… kira kau dan aku suatu hari nanti akan bersatu…."

03.05.07…. sempat habiskan masa di putrajaya.. thanks papa.. actually dah lama nak kesini tapi ada je hal lain.. Ajip_aliyaso hari ni after ke bukit permai (one of our fov. place untuk dating masa dolu-dolu ye pa…) untuk majlis perkahwinan kawan papa (razif & aliya) kita terus ke putrajaya… shopping kat Alamanda.. then makan kat medan selera… next anniversary plan nak dinner ngan papa & our baby (insya Allah) mengelilingi tasik putrajaya dengan gandola cruise.