.: CEMBURU :.

Dsc00022001 

Kadangkala kita tidak tahu apa bakal terjadi esok hari, sebab itu aku tidak pantas untuk menutur bicara tanpa memikirkannya dahulu buruk baiknya. Orang terapat denganku sering membuat telahan dan pernah memarahi aku kerana terlalu memikirkan terlalu jauh untuk mengolah jawapan walau perkara sekecil zarah sekali pun. Tapi walau kecewa kerana ada yang tidak senang dengan caraku aku diamkan sahaja kerana sudah acap kali melihat insan yang menyesal kerana tidak ambil peduli butir bicaraku. Dan aku memang malas melayan manusia yang bertanya tapi membangkang jawapanku. APA GUNA BERTANYA KALAU PUNYA JAWAPAN SENDIRI?

 

Hari ini aku melihat satu lagi scenario di hadapan mata. Ini berkaitan cinta dan cemburu. Juga dengan kawan yang mungkin tidak serapat mana. Dulu bila aku nyatakan perasaan cemburuku dia pernah memotivasikan aku, tak guna cemburu. Biarkan sahaja. Senang benar membuat keputusan. Terdetik di hatiku mungkin dia belum punya insan yang benar-benar bertahta di hati, mungkin dia belum punya insan yang dirasakan miliknya. Mungkin dia belum punya insan yang benar-benar disayangi. Dan aku diamkan saja menyimpannya sendiri. Dan hari ini dan saat ini, aku sering mendengar dia bercerita tentang seorang insan, sering mengaitkan nama insan tersebut dalam apa cerita sekali pun, dan saat itu aku dapat membaca telah ada insan istimewa dihatinya saat ini. Aku tumpang gembira kerana usianya sudah sebayaku namun masih belum ketemu pendamping yang benar-benar sesuai. Aku tidak tahu kenapa kerana pada pandanganku dia sering menjadi tumpuan namun sering saja ada yang tak kena pada pandangan dia. Dan saat ini aku mula mendengar percakapannya, keluh kesah tentang insan yang bertahta dihatinya saat ini. Mula syak bila temannya itu berbalas sms dihadapannya. Dan aku juga mampu membaca rasa cemburu telah mula tumbuh. Dari riak wajah sahaja mampu aku menceritakan.. namun aku tak berbicara apa, tidak mahu ambil tahu menambahkan ke aktifan otak aku untuk berfikir masalah cinta orang lain.

 

Aku lega kerana aku tahu perasaan cemburu itu bukan sahaja pada diriku namun untuk semua insan yang dimiliki dan memiliki. Bukan aku yang dangkal pemikiran, cemburu dalam cinta… insan lain juga bisa cemburu dan cemburu itu normal sebenarnya. Terasa bebas kerana sering kali aku mengutuk diriku ini punya sifat buruk bila cemburu pada pasangan hidup dan teman kekasihku. Dan hari ini aku jua mengerti perasaan cemburu itu hinggap dihati bila diri mula menyayangi.Jadi tidak salah andai aku sering merasa cemburu bila teman kekasihku agak mesra dengan insan lain. CEMBURU TANDA SAYANG… jika pasangan anda terlalu ‘bebas’kan anda tanpa sekelumit rasa cemburu.. anda fikirla sendiri jawapannya kerana jawapan kita tak semestinya sama.



Leave a Comment