Sayonara…. will miss u so much tini!!
semalam (1/July/2008) aku cuti… medical leave, adam pun demam. Tak sangka nak dapat sms dari tini cakap dia nak berenti dan semalam last day.. that’s mean aku tak sempat jumpa dia sbb hari isnin masa aku datang dia lak cuti. Aku tak sangka dia buat keputusan sedrastik ni.. tapi aku tahu tu semua utk kebaikan dia dan masa depan dia. Tapi masa tu jugak aku rasa benci sangat pada orang yang buat dia pilih jalan untuk blah mcm tu jer..
Hari ni aku ke tempat kerja, tempat dia dah kosong…. yang paling best bos pun tak tau dia dah resign sbb surat dia serah terus pada HR dan pagi tadi aku mengadap bos cakap dia dah berenti. walau baru 2 tahun kenal dia… tapi terasa sangat… kalau dia baca blog aku ni.. aku nak dia tau aku rindu dia sesangat…
terasa bila dia tak ada.. beza boleh kita rasa orang tu tak ada sebab cuti atau cuti terus…
Terasa sangat bila dia tak ada, maybe sbb dia teman paling rapat kat ofc ni.. kalau ngantuk dia tempat aku cari citer.. borak2… gelak2 ngutuk2.. dengan dia jugak aku rebut2 gi cafe pagi ke tengahari ker… dan dengan dia jugak aku boleh ngumpat orang kat sebelah sbb orang tak paham kitorang borak aper.. hahaha.. tu bagus tau loghat kelantan & trg.
Dan hari ni aku start gi cafe sorang2. tengahari dah tak naik sbb tak best nak makan sorang2… thah ler.. masa hubby aku berenti dari company ni pun aku tak terasa sangat sbb dia ada. Lepas ni aku tak tau la aku boleh ngam ke tak ngan orang baru yang akan gantikan dia.
apa aku harap, dia akan bahagia dan jumpa orang yg boleh jaga dia.
P.S : mek… thanks sbb banyak tolong D selama ni… take care dan selalu la contact diey key.. will miss u & our memories…