:: MY 2ND BABY ::

minggu ke 24.. kalau ikutkan lagi 4 bulan aku akan kembali ke rutin harian lepak dalam bilik… tengok tv, baca majalah… semua makan minum sedia depan mata.. em… bagi sesetengah orang ianya menyeronokkan tapi bagi aku ia antara waktu yang paling membosankan. kalau boleh before that period aku kena dapatkan 1 laptop baru sekali ngan broadband… atau aku akan mati kebosanan tak tau perkembangan luar.. maksud aku tak leh nak bertenet ngan kengkawan, kalau tak boleh gak aku layan friendster ker facebook ker.. fotopages ke… dan mesti 1 dugaan juga bila buat kali ke 2 terpaksa berjauhan dari hubby aku walaupun mungkin dia akan balik tiap2 minggu… tapi.. aku kan cepat risau… hehehe

 

mikhaeyl… dia ikut aku balik kg la.. tak percaya aku nak tinggal dia ngan papa dia.. karang jadi mat rambu.. hehehe. Lagi pun kalau ada dia kat kampong, mak ngan ayah aku ada gak masa nak exercise bila kejar dia ke hulu ke hilir… tapi time tu insya allah mikhaeyl pun dah boleh jalan betul2 tak de la nak tergolek je 24 jam… and may be dah boleh cakap sbb skang ni pun dah clear sikit… paling clear… ‘ma’ ‘pa’ ‘ba’ ‘buai’ ‘Allah hu akhbar’.. aku pun tak tau mcm mana dia boleh sebut ‘Allah hu Akhbar’ lagi clear dari sebut mama & papa..siap sujud lagi.. ehehehe.. tapi ok la…aku pun insaf bila tengok. lagi pun family yang jaga dia tiap2 hari semayang jemaah & ajar budak2 ngaji jadi tak pelik sangat la kalau mikhaeyl cam tu…

 

untuk baby baru tak ada buat apa2 persediaan pun lagi… scan pun belum.. lelaki ke pompuan aku tak kisah janji… segalanya selamat. Tapi ramai cakap aku bakal dapat baby pompuan… tapi banyak beza masa mikhaeyl & baby baru ni… mikhaeyl 8 bulan baru mengah.. baru Nampak perut aku ni ha… tapi yang ni masuk 6 bulan aku rasa mcm bawak perut kembar 3, walau pun kengkawan tak perasan lagi aku pregnant tapi mengah aku bila naik tingkat 5 dah mengalahkan orang lari pecut 200 meter… kadangkala rasa tak larat sangat mana nak melayan kerenah mikhaeyl yang tengah lasaknya… nasib baik dia lebih pada papa dia berbanding aku.. kalau tak mesti aku pancit.

 

Perangai aku skang ni pun pelik skit la… cepat moody & cepat fikir yang bukan2 lagi2 kalau hubby aku balik lewat… hehehe. Kadang2 rimas gak dengan perangai sendiri. Tapi nak wat cam ner kan.. nasib baik hubby aku banyak bersabar. J

 

Next month nak kena start buat persiapan… mana tau baby ni nak tengok dunia lebih awal dari jangkaan tak ada la menggelabah sangat. Banyak benda nak kena beli baru sebab barang2 mikhaeyl dah banyak bagi kat sepupu dia. So next month after scan… kita shopping… semoga segalanya selamat… amiiinnn

 



Leave a Comment