~Putrajaya…~

Putrajaya_8

" KEKAL : SPIDER …..kau didalam hati ku, kau dalam ingatan.. kau sebagai kasihku kekal sepanjang zaman… kira kau dan aku suatu hari nanti akan bersatu…."

03.05.07…. sempat habiskan masa di putrajaya.. thanks papa.. actually dah lama nak kesini tapi ada je hal lain.. Ajip_aliyaso hari ni after ke bukit permai (one of our fov. place untuk dating masa dolu-dolu ye pa…) untuk majlis perkahwinan kawan papa (razif & aliya) kita terus ke putrajaya… shopping kat Alamanda.. then makan kat medan selera… next anniversary plan nak dinner ngan papa & our baby (insya Allah) mengelilingi tasik putrajaya dengan gandola cruise.

.: ZOO NEGARA :.

Dsc0000315hb April 2007 : Hehhheeehh… hampir berbelas tahun tak jejak tempat ni dan hari ni aku ngan hubby aku amik keputusan muktamat untuk melawat binatang ternakan yang telah lama kami tinggalkan.. Ke mana? ZOO NEGARA.

Dsc00001_1 Huhuhu… sebenarnya dah lama gak terdetik nak ke sana.. dah lama tak tengok si SITI gajah yang gemuk tu… Si tapir yang suka tidur tu… Si Beruang yang tergedek2… tapi paling kesian tengok pakcik peguin yang tinggal 3 ekor je tu… sedih je muka dia… Penat sangat round 1 zoo, balik ke pintu masuk naik train je.. dah tak larat nak hayun kaki, dengan panas nyer…pengunjung pun ramai… sesak nafas di buatnya. Apa2 pun memang best sekali-sekala dapat datang balik ke tempat yang pernah kita lawat zaman kanak2 dulu. Next…. akhir bulan nanti jalan-jalan cari pasal kat KEDAH. Nak gi cari buah pala… adus!!! mesti best shopping kat saner…

~CameRoN HigHLanD~

P3310616_6 31 march… aku, my hubby and my officemate tini ke perak. Adik kawan hubby aku kawin, so amik kesempatan tu untuk ronda2 kat perak. After balik dari kenduri kitorang terus ke Cameron Highland… tempat pertama yang kami tuju mesti la P3310617 strawberry park.. huhuhuh!! Banyak gak aku ngan tini borong. Kat sini semua berasaskan strawberry.. ice cream .. gula-gula… patung.. belon… Bonzai pun cantik2 tapi.. tau je le bukan rajin sangat nak menjaga benda alah tu so pandang je ler… Dari cameron kitorang P3310645 singgah jap kat LATA ISKANDAR. Ayor terjun…hik!! my hubby yang nak mandi sangat dari KL lagi duk cakap nak mandi kat saner, tapi… kesian pun ada, sampai je kat LATA ISKANDAR, hujan turun.. lebat lak tu. Tau je le air terjun masa ujan, makin menjadi-jadi ler terjunan maut dia. Jadi untuk keselamatan terpaksa la hubby aku tu kuburkan hasrat dia. Tapi tetap tak putus asa… terus ke LATA WOH. Air dia best sbb suam2 je… tapi tak mandi pun…(ada bau kurang menyenangkan sikit) rendam kaki je ler…. Dalam kul 7 kitorang kuar dari Perak.. tak tau nak buat apa, terus ke GENTING HIGHLAND. Jalan2 perabiskan duit kat Indoor game… Kali ni Cuma dapat mini diary je.. anak patung tak dapat. Tu pun my hubby yang dapatkan (lontar dadu dalam bakul kayu..huhuhuh) Sejuk? Jangan cakap ler… bulu mata pun dah naik putih ..heheheh. Around 11 PM kitorang turun dari GENTING. Berhenti kat HAPPY GARDEN KG BARU pekena nasi lemak panas…. Then hantar tini balik… kemudian… Zzzzzzz!!! Selamat malam.

.: K800i untuk my hubby :.

K800angle K800back

Em.. masuk tahun ni aku masih tak berkesempatan untuk hadiahkan sesuatu untuk ‘nyawa’ aku yang sorang tu. Sekian lama menunggu akhirnya berjaya jugak aku merialisasikan impian my hubby nak pakai 3G nyer fone… K800i dah ada dalam genggaman dia. Harap dia happy dan ceria sokmo. Aku? Tunggu… tengah cari fone yang lagi mahal pada tu huhuhuh.. jenuh gak le tu. Kata orang beli yang mahal2 tu membazir tapi bagi aku, itu perkara kedua..

yang penting hati puas.. rasa tak sia-sia bila lihat orang kesayangan tersenyum dan menghargai pemberian kita.

Em.. Sabtu ni kalau tak ada aral melintang kitorang plan nak ke Cameron. So… nak tau apa citer… tunggu…. Sementara tu singgah2 le kat teratak burukku di http://dyhea.multiply.com … dahhh……

.: Aku… hari ini :.

Picture_2444

“For My soul mate….. 23 march 2007. Marks as our  3mth anniversary. Nampak macam ada berita gembira untuk kita.. tapi tak sure sangat. Tunggu dan lihat jer ler…. kalau ada rezeki ada lah.. kalau tak…mungkin keadaan belum benar2 mengizinkan. Perancangan untuk menaikkan berat badan pun dah berjaya… hehehe walaupun just naik 2 kilo tapi, usaha itu tangga kejayaan! Makan lagi… makan dan terus makan.. huhuhuhu. Hidup kini rasa lebih bermakna dan mula mampu menyesuaikan diri dengan status baru yang menuntut banyak pengorbanan. “

Juga tahniah untuk geng-geng friendster yang dah di risik, bertunang, berkahwin dan dapat new baby… em… especially to my best friend CT yang baru je dirisik2 tu.. Heheh… before tahun depan dapat le merasa nasi minyak orang wakaf tapai yek… Not forget my partner in crime @

Sarawak

… moga berbahagia dengan bakal suami…ekkekekekk.. Jangan lupa jenguk aku bila balik semenanjung.

Dan kali ni aku tergerak untuk memetik satu karya dari email yang tiba ke tanganku lewat minggu lalu untuk dijadikan renungan kita bersama. Disitu… aku simpulkan betapa berharganya wanita walau di anggap lemah. Mungkin kerana itu juga sering kita lihat si adam merana kerana merebut cintanya. Walaupun kadangkala tidak dihargai bila didepan mata. Terima kasih terlebih dahulu buat penulis….. kerana menzahirkan bahawa wanita itu sesungguhnya berharga.. jadi kepada wanita di luar sana, terutama gadis2 yang baru mengenal dunia… jaga harga diri…. agar ia tidak di jaja dan di lelong sesuka hati.

“Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus….

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,

Janganlah

cuba

menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya mereka akan liat,

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,

Kerana nantinya mereka derita,

Kenalkanlah mereka kepada Allah, Zat yang kekal,

Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya, Tebalkan ia dengan ilmu,

Hati serapuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman,

Perasaan selembut sutera, Hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,

mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,

Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,

Kelembutan bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Tuhan,

Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,

Jinakkanlah diri kepada Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,

Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.”

Tinta Pertama Dari Dyhea…

Rambut sama hitam,  tapi hati siapa yang tahu… memang pintar orang dulu2 berbahasa. Bulan ke 2 di tahun 2007, banyak perkara yang tak terduga terjadi. Banyak perubahan di depan mata berlaku mengikut peredaran nafiri masa. Tak meninggalkan secangkir kesempatan pun untuk aku merubahnya.

Ada perubahan yang membawa rasa bahagia dan ada jua sebaliknya. Dengan cara memerhati mengenalkan aku pada seseorang secara lahiriah dan batiniahnya walau tidak 100%.

Memang tak terduga dek akal andai aku nyatakan insan yang aku kenali berbelas tahun baru hari ini aku zahirkan perubahan sebenar dirinya. Terasa kesal dengan perubahan yang terjadi tapi aku harus akur..

aku jua tidak sempurna untuk menasihati agar dia menjadi sempurna. Lalu aku kuburkan sahaja rasa kesal itu dengan harapan moga satu hari dia dan mungkin mereka akan menyedari sendiri. Tidak menyesal kemudian hari, tak menyalahi takdir apa yang mungkin terjadi.

Bulan ke 2 bergelar isteri. Masih sama… tiada beza, mungkin kadang-kala rasa tidak selesa bila tiap saat di depan mata. Alkisah bimbang rasa jemu datang menyapa saat buah baru berputik muda. Em… jika dulu sempat juga rasa rindu bertandang, berbual di telefon sebelum menuju lelap… tapi sekarang… (gilo apo kalau tidur kat sebelah pun nak borak melalui telefon. Walau ada ‘8pax’ walau ada ‘Let’s talk’ tu semua dah tak jalan dah… )

Next entries »